iklan

May 4, 2009

Kembali ke UTM...yooooo!!!!

SKUDAI 1 Mei - Lepas balik dari majlis nikah Jery, Aca bawak jenjalan kat tempat keje lama dia kat Perling. Hehee....sambil2 tu sempat gak lalu depan umah 'orang' tu. Ermmm....seramnya....GILAK punya keja la ca hahahahaaaaa. Dah sampai JB ni wajib la pegi satu tempat keramat kan.....yela, bukan selalu dapat turun JB jenjalan. Kalau ada pun mesti pasal keje rasmi, mana leh sesuka hati jalan2. Tak sempat...bz la katakan ;-p. Mana tempat keramat tu? Ni la dia tempat 'KERAMAT' itu tak lain tak bukan Universiti Teknologi Malaysia Skudai tempat tanah tumpahnya darahku....rindu ooo....tempat kebanyakkan orang start hidup. Macam aku sendirik....kat sini la aku belajar perkara2 baru dalam hidup. Contohnya belajar makan budu dan nasi kerabu!!! OOooo...penting tu, sape cakap tak penting?! Dan yang paling penting sekali, kat sini la aku kenal member2 baik aku macam Aca, Jery, Dayang (walaupun kami satu sekolah dulu hehehee) ngan Fety.

Selain kawan2...kat sini la aku mula kenal apa itu KTN, apa itu keje ADO, kenal Dr. Azim ngan strata :-D, teodolite, GIS, Map Info, Add Math ( hahahaaaa...seram) dan macam2 lagi la. Gambar 1st kat bawah ni Fakluti Alam Bina. Ni kira fakulti paling vogue da vass la kat UTM sebab student2 dia pun very the vogue2 da vass....xcaye tanya Kak Ija. Pastu aku paksa Aca jadik model kat koridor tepi masjid UTM ni...heheheee....just like old days la. Pastu bus stop ni macam tak berubah.....macam tu gak. Teringat plak dulu tetiap ari naik bus kat sini nak balik kolej.

Taadddaaaa....ni spot kira paling keramat la. Sebab apa? sebab ni la hostel pertama tempat aku 'posting' tahun 1999. Bilik 315 (aku hengat tau!! hehee) Blok G05 Kolej Rahman Putra. Roomate aku dua2 Indian Girls. Pastu next sem tukar duk ngan Chinese Girls plak. Tak cukup dengan tu, diorg test aku plak suh aku duk dgn org Borneo (time ni la aku ngan kak cuyek jadik roomate). Sehinggalah final year baru la diorang kasik aku duk ngan Malay girl plak. Sekali semua bangsa aku dah penah tido sebilik la huhuuu....korang jangan misinterprate plak tau :-P


Penat jugak jenjalan walau tak sampai suku tempat kami pegi. Yee....penat okay jalan dengan high hills, dengan ayu berbaju kurung lagi tau. Agak2 student2 tu tgk kami ni ada macam gaya lecturer ker nampak mcm student lagi huhuuuu.....*blush*blush*

Ni posing (kat bawah ni) nak tunjuk fakulti kesayanganku (errrkk...)....Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi a.k.a FKSG. Banyak benda yang dah berubah. Aku pun sebenarnya banyak jugak lost memory. Kekadang aku ingat...kekadang aku x ingat...yeeea....aku sedar aku lum la tua sangat tapi maybe sebab faktor pemakanan yang buat memory kad aku jadik kecik je.

Cukup la tu...penat tau. Tak larat nak tawaf satu UTM. Len kali aku sambung lagi lawatan sambil belajar ke UTM Skudai. Balik umah terus tido...PENATSS. ZZzzzZZZZ.....

Klik-Klik Cuyek's Reception@Holiday Villa, Subang

SUBANG 25 April 2009 - Yayyy!!! masalah teknikal telah berjaya diatasi. Finally dapat transfer gambar dari hp-laptop-pendrive-pc. Oleh kerana proses transfer n upload sangat mencabar maka aku upload sekali semua gambar yang ada...puas hati. Lagipun, ada kawan2 yang tak dapat attend majlis ni. So for those who didn't have the change to attend kak cuyek's reception @ didn't show up langsung....let the pictures speak 4u.

~~ Para Usherer & Flower Girl. Mana lagi cumil? keh...keh...keh... ~~

~~ orang hotel sibuk deco ballroom....kak ija sibuk posing. Yang sorang lagi tu bride's maid kak cuyek...nama dia Lelana (betul ke eja macam ni?) ~~

~~ guests : Ira, Kak Nurul, Puan Mahila n Hubby ( i think la..hehee....lupa) ~~

~~ wit Jalil Kacak yang semakin kacak...:-) lelehh...~~



~~ Yummy....gift from Holiday Villa ~~ ~~ wit Kam n also enterframe is Jalil Kacak ~~

~~ Makan beradap di meja Pengantin and acara paling best sekali - tayangan gambar2 kawin diiringi oleh lagu2 romantis kegemaran ramai ~~

~~ pose tak ready lalalalalaaaa.... cantik la tu kunun pose depan candle ngan bunga?~~

~~ intoducing : anak Ira & Khairul - Kamilia Marisa ....oooo....terpegun tengok muka uncle kam yang ala-ala seram tu ye baby hahahahaaaa ~~
Finally...to Kak Cuyek and Jas....TQ for inviting me to your grand finale reception hehehe...It was fun and i wish u both all the best and God Bless.

April 30, 2009

Kasut Pujaan


Apakah.....?????
Di manakah....????
SIAPAKAH........?

April 29, 2009

Majlis Kawin-Kawin Kak Cuyek & Jas

Wedding ceremony kak Cuyek telah diadakan secara besar-besaran sebab ada 3 event yang diadakan secara marathon bermula 17 April sampai la abih acara kemuncak yang gilang-gemilang pada 25 April ceheewahhh...heheheee....

Sangat2 penat dan kelam kelibut jugak hidup aku sekitar tarikh2 ni. Padan muka aku sebab wat doorgift las2 minute. Padan muka Kak Ija jugak hahahahaaaaa.....



~~lolipop ni adalah salah satu doorgift ( untuk kanak-kanak sahaja....tengok sampai lompat2 )Tapi bukan yang ni wat aku tido lambat sebab yang ni keje aku cabut2 price tag je hehee..~~


Penatnya prep nak kawin ni!! Kalo jadik pengantin mesti lagi pening. Lagi2 majlis kat hotel...adoii.....poning kepalo den oii. Tapi it's goin to be a memorable experience for me. Leh jadik pengalaman pra-kawin untuk aku (apakah maksud statement aku ini? ;-p)


Kawin jugak ko ek kak cuyek...tahniah kerana berjaya menempuh rintangan ranjau berduri. Semoga berkekalan happy-mappy sampai till-death-do-us-part....okiess.. The rest? Let the pictures speak by itself la....dibantu oleh keterangan di bawah setiap gambar.


~~ Sekitar majlis akad nikah kat Masjid Jamek, Kajang ....semangat btol aku tengok kak cuyek~~

~~ Majlis malam berinai...tapi why i don't see any aktiviti berinai pon? ~~

~~ ni gambar aku paksa kak gee ngan timoat pose dengan lampu...i like ~~


~~ motif? aku nak tunjuk kat Jalil aku pun leh pakai selipar gi majlis kawin hahahaaa. Kaler majlis? BIRU mata hitamku ~~

~~ gambar close-up pengantin yang aku sempat snap. Pastu wajib la kan aku berposed berpasang-pasangan untuk amik berkat ;-p ~~

P/S : GAMBAR GILANG-GEMILANG DI HOLIDAY VILLA BELUM DAPAT DIUPLOAD ATAS MASALAH TEKNIKAL YANG MASIH BELUM DAPAT DIPERBAIKI.

April 24, 2009

Jay Chow & Mimi Sharini Plus Comot

Orang kata kalau kita amik gambar kucing....sikit ari lagi mesti kucing tu akan menemui ajal. Yola....kalo dah manusia asik amik gambar dia xhenti2....flash sana flash sini mau x tensen kucing2 tu. Radiation semua tu tau.....x cukup tu, paksa2 dia pose plak....tensen tau x?! Akhirnya mati sebab tensi.

Tapi aku xpaksa Jay ngan Mimi pose depan aku. Semua2 ni naturally taken during their lepak2 hour. Plus camera hp aku ni jenis cat's health friendly sebab x flash heheee...

Dulu rumah kami ada sepasang kucing yang dinamakan Abang n Adik....seorang umur x panjang n sorang lagi dah dibawak pergi oleh maknya Ira berpindah ke rumah baru. Lepas tu, Comot plak konker umah tapi x lama sebab Comot missing in action. Aku x sure nasib Comot macam mana sekarang, maybe ilang sebab sakit atau kak ija yg meng'hilangkan' Comot heheheee...


walaupun Comot kucing yang agak comot dari segi rupa paras tapi dia baik dan sangat manja dengan aku tapi dia sangat 'segan' dengan kak ija kih...kih...kih..

April 23, 2009

Cerita Dalam Lagu

Ermmm....to be honest memang aku x pernah dengar lagu ni. Pertama kali dengar semalam dari laptop pink kak ija. Kalo tak sebab Hafiz AF nyanyi lagu ni, maybe sampai bila2 pun aku takkan tau kewujudan lagu ni sebab memang aku tak dengar ERA fm dan channel2 yg sewaktu denganya (hehee....sebab aku rasa channel2 ni sangat2 membosankan) . Bila dengar lagu ni.....aikk...lirik dia sangat menarik sebab macam kena kat aku jer hahahaa....

Bila baca2 balik lirik dia.....ermmm ada kena kat batang hidung sendiri la...kecuali part keje jadik penyanyi hip hop tu la hahahaa.....ermmm kalo aku jadik penyanyi hip hop mcm mana agaknya rupa aku ek? HAHAHAHaaaaa!!!!!

Tapi memang ni la lumrah manusia, bila sekali dah dikhianati kepercayaan dia....susah nak kembali kepada keadaan asal. Tapi x bermakna x boleh langsung tau!! Boleh hehe....cuma kena amik masa la skit. So, kita kena banyak belajar untuk bersabar, terima dia seadanya dan yang paling penting adalah....GIVE & TAKE bak kata bahasa moralnya adalah toleransi. Tiada manusia yang sempurna.....bersedialah untuk FORGIVE & FORGET barulah hidup ini akan aman dan damai....

Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang ku tetap kau yang punya

Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas,
kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara
tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

Kerjaku memang kejam
punca matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam dimana?
dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa kau tetapku yang punya

Malique - Kau Yang Punya feat. Najwa

April 17, 2009

Sambutan Ulang Tahun ke-28

Besday dah lepas. Dah seminggu dah tapi malas nak menulis pasal birthday sendiri :)

Yeahh....macam poyo je kan citer pasal birthday sendiri tapi ada aku kesah? HEHEHEE....

Tahun ni genap umur aku 28 ahun. Tua? Nop....semakan matang? Yess...age is only a number. Sebenarnya tak sabar nak tunggu umur capai angka 30. Why? Ntah la, maybe kalo dah cecah angka 30 tu membuat aku rasa lebih serius dengan hidup aku kot. Bukanya sekarang tak serius, cuma kekadang aku hilang fokus.

Ok, cerita pasal sambutan untuk birthday girl tahun ni hehehe....birthday girl telah diraikan dua kali. Satu dengan cik kam....satu lagi bersama family cik kam. So ada dua bijik kek tahun ni yayy!!!



~~Coklat cake with banana from cik kam. Sedap sangat! Tapi ada cacat skit (yang dibulatkan) sebab respon aku yg agak excited bila surprised sampai tercalit kek tu kat baju aku~~


~~Tiup lilin macam kanak-kanak huhuu...tak sedar diri dah semakin meningkat 'dewasa'~~

Celebration untuk birthday girl tidak terhenti begitu saja. Cik din ngan Aunty Maimon dengan baik hatinya telah sponsor kek tapi ikut rasa Cik din la sebab dia nak kek vege yang takde susu. Dia bagi duit, birthday girl ngan cik kam disertai Hani Gundu pegi carik kek kat Pekan Kajang.

Tadaa...ini la dia kek yang birthday girl sendiri draf kata2 atas kek tu. Eee.....tak malu btol aku kan? Tapi sebab malu la tu yg ayat dia poyo2 je letak nama penuh kat situ. Simple.

Rasa? Ermm....ok la. Maybe sebab vege n takde susu tu yang kurang umphh sket. Yola....biasanya makanan berkhasiat ni dia punya rasa kurang sket. Aku makan 1 slice saja sebab dah kenyang makan ikan masala bakar yang diprepared by Aunty Maimon.


Hehe...nape ada gambar pose dgn Hani jer? Sebab aku malu gilak nak tiup2 lilin depan semua orang. Tu yang aku ajak Hani pose dengan aku siap tiup lilin sama lagi hahahaaa....lagipun kan bithday Hani awal seminggu je dengan aku. Kira celebrate lagi sekali laa..hehe...

April 15, 2009

Nasi Kerabu Part 2

Kan aku dah cakap aku nak makan nasi kerabu. Memang aku gagahkan diri jugak pegi Alamanda cari nasi biru itu. Aku ingat nak makan je kat sana tapi macam tak best plak makan solo2 ni. So aku bungkuih bawak balik makan kat opis. Lagi best makan sambil tengok manusia kat bawah tu huhuhuu...lagipun xbleh balik lambat nanti penat nak carik parking kat opis.

~~nasi biru tak kelihatan sebab akak tu geram kot bubuh sambal banyak giler hahahaa~~

Kenapa nasi kerabu jadik feveret food aku? Maybe sebab makcik kafe tempat aku study dulu pandai wat nasi kerabu kot. Kat situ la aku belajar makan nasi kerabu dan sampai sekarang jadik feveret food aku. Tapi part yang paling best pada nasi kerabu adalah BUDU. Yes!!! BuDu. Budu terbukti banyak khasiatnya.


Kajian membuktikan :
1. Budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser;
2. Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal;
3. Budu mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi;
4. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain;
5. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

LAPAR NAK MAKAN NASI KERABU

Jap tadi singgah blog ceera....terus aku lapar nak makan nasi kerabu. Dah dua ari ni aku dah cakap kat diri sendiri nak makan nasi kerabu. Tapi tak dapat2 jugak :(

So? Ada sape2 pedulik kan aku? Takde? takpe.....ADA AKU KESAH???Hehehee....tengah ari ni aku gi cari nasi kerabu kat Kelantan Delite hahahaahaa....

Tamat Kursus

OLD STORY FOR NEW ENTRY. 2 April, Port Dickson. Aku telah men'drive'kan diri ke Akedemi Imigresen Malaysia (AIM) yang terletak kat PD. Tujuan? Attend majlis Passing-Out bagi Pegawai-Pegawai Imigresen (PI) yang telah tamat kursus selama lebih kurang 3 minggu. That's why la aku cuti khamis-jumaat ari tu. Yelah nak bagi support la sebab dulu cik kam yang anta-amik aku kat INTAN dulu (walaupun tamat kusus aku balik sendirik huhuuu.....tak mau la ckp pasal citer lama....sedih maa....takpe.. tutup buku lama, dan buka buku baru hokeyy...).

Aku kuar rumah kul 7.15 pagi. Ikut jalan lama (dapat jimat duit tol ngan minyak hokeyy...) dan sampai lebih kurang dalam kul 8.30 pagi ngam2 jer majlis start hehee...

Majlis ni ringkas jer....(sib baik hehee...). TKP Imigresen bagi speech then ada kawat lintas hormat dari semua PI. Huhuuu....tetiba aku emo lak sebab tengok diorang ni aku teringat masa aku wat modul polis ngan tentera dulu. Ermm....rindu plak dengan saat2 tu huhuuu. Masa tengah majlis tu tetiba aku ternampak seorang mamat yang aku kenal ni...hahaha....Khairi rupanya!!! khairi ni member aku kenal masa kusus kat INTAN dulu. Tapi aku memang tau dia posting kat AIM PD ni. Tak sempat nak tegur dia sebab majlis tengah berlangsung and dia pun nampak bz so malas nak kaco.



Pas abih majlis, taking2 pictures dengan cik kam. Hehehee....malu...malu...aku ni bila dah lama tak jumpa cik kam aku jadik PENYEGAN tau tak. Kira macam orang yang baru 1st time nak berkenalan.....lebih kurang macam tu la feel dia hahahaaa....betol aku tak tipu. Even dulu aku penah tak jumpa dia 3 ari pun aku jadik mcm malu2 kucing sket padahal dah kenal lama gilak.


So, pas sesi taking2 pictures ada makan2 skit then aku chow balik Putrajaya. Sok nak datang sini lagik sebab nak amik dia. Huhuhuuu.....penat tapi best sebab dapat jenjalan.
p/s : cik kam look so berkilat kan hahahaaa...