What's your blood type? elek? *geleng2 kepala xtau*
-
Either korang xpernah buat :
-
1. medical cheak-up; or
2. derma darah; or
3. memang korang xpernah nak amik tau hehe..
-
1st time dpt tau jenis darah bila wat blood donation last few years ago.
Me is B!!! Sama dgn my mamak.
Bapak jenis AB.
AB + B = me hehe..is that the reason why i luv ABBA so much?! hurmm....
-
Sy skrg dlm kondisi utk diet. YES!! sila percaya sbb baru sekarang...yaaa...baru sekarang sy rasa sy sangat2 gemuk!!! dulu sy rasa sy gemuk jer....skrg rasa gemuk obes...OMG...br sedar kah kau?!!!
-
Skrg pelan2 ubah menu makan. 1st thing - menu breakfast yg ari2 makan berat sudah ganti dgn cornflakes. Yg lain...ermm...still sama lagi ahahahahaaaaa.....larikss
-
ok..ok...pernah x korang diet mcm nk luruh semua buluh hidung? Tp hasil? nan-hado. Maybe salah satu sebab nape korang punya diet tu ala-ala xmenjadi sebab salah jenis diet. U see arr....based on research...diet kita berbeza mengikut jenis darah.
-
So mine is B. So, balik pd research tersebut....diet sy sepatutnya seperti mcm artikel bawah ni.
-
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku (alamak...frozen food ni memang lauk kt umah...easy to cook maa) atau makanan dalam tin (xsuka sangat ponn) manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
1. Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging (sy memang xsuka sgt makan daging).
-
2. Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
-
3. Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. (memancing ok x?hehe...)
-
4. Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti. (memancing tu kira kreatif x?)
-
5. Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.(yes...sgt mudah selsema)
-
6. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas (apo ni??), arnab, ikan laut (pasni kena mancing kt laut plak la...), semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
-
7. Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe (OMG!!! my feveret), tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
1. Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
2. Snek: Jus anggur
3. Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
4. Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
5. Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
-
*nak tau diet sesuai utk korang? boleh gi studi kt
sini.
JAGALAH KESIHATAN UNTUK KELUARGA TERSAYANG