iklan

June 12, 2009

Rombongan Cik Kiah ke Labis

HARI JUMAAT lepas bersamaan 5hb Jun 2009, setelah mendapat kebenaran dari bos (TQ bos :) hehe) untuk kuar awal....saya dan B telah menyertai rombongan cik kiah ke Labis, Johor. Rombongan antara lainya turut disertai kawan2 pengantin yang lain iaitu Mus dan Liza...yang lain2 sampai malam. Kami ni kira rombongan keluarga belah lelaki la sebab Yan (pengantin lelaki) ni dah xde mak...ayah dia rasanya ada kat Indonesia kot dengan isteri muda. So, kesian plak takkan nak pengantin lelaki wat rombongan sorang2 plak kan? Sampai sana kami beramai2 menginap di Hotel Ah Chong & Rakan2. Hotel FuFa...sape duk Labis mesti tau punya. Kira orait la kan daripada duk tepi jalan...hehe.


DAG-DIG-DUG....masa ni semua keegoan seorang lelaki cair macam lilin :)

Yan selamat bernikah ngan Siti Fatimah bt Rahmat (oooo....baru aku tau nama full ko Siti hehehe...) tu pun dengar masa Yan practice akad nikah dia hahaha.....lawak laa....

Mas Kawin ngan cincin

SAH...SAH...SAH...hehe....selamat Yan ngan Siti. Tahniah!!!!


Selepas majlis nikah, kami rombongan cik kiah belah lelaki balik semula ke FuFa sebab nak bersiap untuk majlis sanding tengah ari plak. Sekali haaa...amik ko, semua tertido. Sib baik aku ngan Liza dah bangun awal sket. Tepon B, sekali baru bangun dah...semua sekali termasuk pengantin lelaki kul 1.15 baru bangun. Sanding patut kul 2.00...hahh amik ko! Tu sebab dekat kul 3.00 baru sanding!!!

Siti tengah bersiap tetiba ada udang tengah peluk nenas berebut nak makan telur puyuh. Motif? aku xbanyak amik gambar siti bersiap so letak gambar udang tu hehe....sedap giler ok udang tu.

BLUR....tak suka...tak suka...ni pengapit posing dengan pengantin. Ermmm...baju tu dah banyak majlis kawin aku pakai, sekali kat kawin Apiz-Olin, sekali kawin Jas-K Cuyek, plus majlis2 raya tahun lepas, majlis kat opis bla...bla..bla... Adakah ini bermakna aku kena beli baju baru?

Yayyy...balik!!! Aircond tarak....ketiak masin berpeluh hahahaaa...
Tu la pengalaman saya menyertai rombongan kawin ke luar daerah. 1st time ni.....uuhhh....penat woo....

No comments: