iklan

May 5, 2009

Jery dah Kawin....who's next?


SELAMAT PENGANTIN BARU JERY. Kawin dah kawan aku sorang ni. Anyway tahniah jerr....dalam diam ko bercintan-cintun ek....tup2 kawin. Pandai arr ko nak cover-up the dung hehehee. Sori tak dapat nak attend majlis sanding ko sebab aku ikut Aca je. Tapi aku kawin nanti ko wajib datang okey :)



Jariah binti Nurul Huda a.k.a Jery telah selamat dikawinkan dengan suami tercentaanya iaitu Taufik asal Kota Tinggi. Johorian alll da wayyy....Aku dengar Aca cite member2 yg kenalkan ek? Aku malas nak tanya panjang lebar sebab aku takmau la nampak bz bodi sangat ngeh..ngeh...ngeh. Apa2pun, Jer...Taufik tu memang encem ;).

So, sekarang tinggal kita berdua je la ca. Saper plak lepas ni x penting. Yang penting semua orang hepi...kawan2 aku hepi dengan hidup masing2. Aku? Ermmm.....banyak lagi cabaran yang aku kena tempuhi. Life isn't that easy for me. But wat the heck man!! that's the great thing in life!! I just go with the floww....senang! Aku percaya Tuhan tu maha adil and HE knows wat best 4 me.

Pas nikah tu ada makan2 skit. Oleh sebab perut dah very the hungaarryyy, makan pun laju jer. Lahap sungguh aku hehe....Aca, ko pun sama keh..keh...keh. P/S : agar2 biru tu mengingatkan aku pada majlis kawin kak cuyek kat keramat lak. Sekarang ni memang musin kaler biru mcm tu kot.

Berbalik kepada cerita kawin, Jery ni dah jadik kawan aku sejak utm lagi. Sejarah camner leh kawan dengan Jery? sebab roomate dia waktu tu Dayang member aku masa sekolah dulu2. Oleh sebab aku suka lepak menyempitkan bilik tu la aku kenal minah Jery ngan Aca ni sekali. Pastu ada 2nd intake kami kenal Feti yg jadik roomate baru si Jery ngan Dayang. Secara automatiknya kami berlima telah menjadik bestfren ala-ala Spice Girl.

Lepas makan buat acara wajib mengambik2 gambar pastu chow balik jenjalan ngan Aca. Sekali balik tangan kosong wehh...hehee....tak perasan pun samapi la Jery msg dia lupa nak bg bunga telur. Wawaaa...Jeri aku nak kuih baulu ok. Nanti jangan lupa kim kat aku.

SELAMAT PENGANTIN BARU
~~JERY & TAUFIK~~


May 4, 2009

Kembali ke UTM...yooooo!!!!

SKUDAI 1 Mei - Lepas balik dari majlis nikah Jery, Aca bawak jenjalan kat tempat keje lama dia kat Perling. Hehee....sambil2 tu sempat gak lalu depan umah 'orang' tu. Ermmm....seramnya....GILAK punya keja la ca hahahahaaaaa. Dah sampai JB ni wajib la pegi satu tempat keramat kan.....yela, bukan selalu dapat turun JB jenjalan. Kalau ada pun mesti pasal keje rasmi, mana leh sesuka hati jalan2. Tak sempat...bz la katakan ;-p. Mana tempat keramat tu? Ni la dia tempat 'KERAMAT' itu tak lain tak bukan Universiti Teknologi Malaysia Skudai tempat tanah tumpahnya darahku....rindu ooo....tempat kebanyakkan orang start hidup. Macam aku sendirik....kat sini la aku belajar perkara2 baru dalam hidup. Contohnya belajar makan budu dan nasi kerabu!!! OOooo...penting tu, sape cakap tak penting?! Dan yang paling penting sekali, kat sini la aku kenal member2 baik aku macam Aca, Jery, Dayang (walaupun kami satu sekolah dulu hehehee) ngan Fety.

Selain kawan2...kat sini la aku mula kenal apa itu KTN, apa itu keje ADO, kenal Dr. Azim ngan strata :-D, teodolite, GIS, Map Info, Add Math ( hahahaaaa...seram) dan macam2 lagi la. Gambar 1st kat bawah ni Fakluti Alam Bina. Ni kira fakulti paling vogue da vass la kat UTM sebab student2 dia pun very the vogue2 da vass....xcaye tanya Kak Ija. Pastu aku paksa Aca jadik model kat koridor tepi masjid UTM ni...heheheee....just like old days la. Pastu bus stop ni macam tak berubah.....macam tu gak. Teringat plak dulu tetiap ari naik bus kat sini nak balik kolej.

Taadddaaaa....ni spot kira paling keramat la. Sebab apa? sebab ni la hostel pertama tempat aku 'posting' tahun 1999. Bilik 315 (aku hengat tau!! hehee) Blok G05 Kolej Rahman Putra. Roomate aku dua2 Indian Girls. Pastu next sem tukar duk ngan Chinese Girls plak. Tak cukup dengan tu, diorg test aku plak suh aku duk dgn org Borneo (time ni la aku ngan kak cuyek jadik roomate). Sehinggalah final year baru la diorang kasik aku duk ngan Malay girl plak. Sekali semua bangsa aku dah penah tido sebilik la huhuuu....korang jangan misinterprate plak tau :-P


Penat jugak jenjalan walau tak sampai suku tempat kami pegi. Yee....penat okay jalan dengan high hills, dengan ayu berbaju kurung lagi tau. Agak2 student2 tu tgk kami ni ada macam gaya lecturer ker nampak mcm student lagi huhuuuu.....*blush*blush*

Ni posing (kat bawah ni) nak tunjuk fakulti kesayanganku (errrkk...)....Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi a.k.a FKSG. Banyak benda yang dah berubah. Aku pun sebenarnya banyak jugak lost memory. Kekadang aku ingat...kekadang aku x ingat...yeeea....aku sedar aku lum la tua sangat tapi maybe sebab faktor pemakanan yang buat memory kad aku jadik kecik je.

Cukup la tu...penat tau. Tak larat nak tawaf satu UTM. Len kali aku sambung lagi lawatan sambil belajar ke UTM Skudai. Balik umah terus tido...PENATSS. ZZzzzZZZZ.....

Klik-Klik Cuyek's Reception@Holiday Villa, Subang

SUBANG 25 April 2009 - Yayyy!!! masalah teknikal telah berjaya diatasi. Finally dapat transfer gambar dari hp-laptop-pendrive-pc. Oleh kerana proses transfer n upload sangat mencabar maka aku upload sekali semua gambar yang ada...puas hati. Lagipun, ada kawan2 yang tak dapat attend majlis ni. So for those who didn't have the change to attend kak cuyek's reception @ didn't show up langsung....let the pictures speak 4u.

~~ Para Usherer & Flower Girl. Mana lagi cumil? keh...keh...keh... ~~

~~ orang hotel sibuk deco ballroom....kak ija sibuk posing. Yang sorang lagi tu bride's maid kak cuyek...nama dia Lelana (betul ke eja macam ni?) ~~

~~ guests : Ira, Kak Nurul, Puan Mahila n Hubby ( i think la..hehee....lupa) ~~

~~ wit Jalil Kacak yang semakin kacak...:-) lelehh...~~



~~ Yummy....gift from Holiday Villa ~~ ~~ wit Kam n also enterframe is Jalil Kacak ~~

~~ Makan beradap di meja Pengantin and acara paling best sekali - tayangan gambar2 kawin diiringi oleh lagu2 romantis kegemaran ramai ~~

~~ pose tak ready lalalalalaaaa.... cantik la tu kunun pose depan candle ngan bunga?~~

~~ intoducing : anak Ira & Khairul - Kamilia Marisa ....oooo....terpegun tengok muka uncle kam yang ala-ala seram tu ye baby hahahahaaaa ~~
Finally...to Kak Cuyek and Jas....TQ for inviting me to your grand finale reception hehehe...It was fun and i wish u both all the best and God Bless.

April 30, 2009

Kasut Pujaan


Apakah.....?????
Di manakah....????
SIAPAKAH........?

April 29, 2009

Majlis Kawin-Kawin Kak Cuyek & Jas

Wedding ceremony kak Cuyek telah diadakan secara besar-besaran sebab ada 3 event yang diadakan secara marathon bermula 17 April sampai la abih acara kemuncak yang gilang-gemilang pada 25 April ceheewahhh...heheheee....

Sangat2 penat dan kelam kelibut jugak hidup aku sekitar tarikh2 ni. Padan muka aku sebab wat doorgift las2 minute. Padan muka Kak Ija jugak hahahahaaaaa.....



~~lolipop ni adalah salah satu doorgift ( untuk kanak-kanak sahaja....tengok sampai lompat2 )Tapi bukan yang ni wat aku tido lambat sebab yang ni keje aku cabut2 price tag je hehee..~~


Penatnya prep nak kawin ni!! Kalo jadik pengantin mesti lagi pening. Lagi2 majlis kat hotel...adoii.....poning kepalo den oii. Tapi it's goin to be a memorable experience for me. Leh jadik pengalaman pra-kawin untuk aku (apakah maksud statement aku ini? ;-p)


Kawin jugak ko ek kak cuyek...tahniah kerana berjaya menempuh rintangan ranjau berduri. Semoga berkekalan happy-mappy sampai till-death-do-us-part....okiess.. The rest? Let the pictures speak by itself la....dibantu oleh keterangan di bawah setiap gambar.


~~ Sekitar majlis akad nikah kat Masjid Jamek, Kajang ....semangat btol aku tengok kak cuyek~~

~~ Majlis malam berinai...tapi why i don't see any aktiviti berinai pon? ~~

~~ ni gambar aku paksa kak gee ngan timoat pose dengan lampu...i like ~~


~~ motif? aku nak tunjuk kat Jalil aku pun leh pakai selipar gi majlis kawin hahahaaa. Kaler majlis? BIRU mata hitamku ~~

~~ gambar close-up pengantin yang aku sempat snap. Pastu wajib la kan aku berposed berpasang-pasangan untuk amik berkat ;-p ~~

P/S : GAMBAR GILANG-GEMILANG DI HOLIDAY VILLA BELUM DAPAT DIUPLOAD ATAS MASALAH TEKNIKAL YANG MASIH BELUM DAPAT DIPERBAIKI.