iklan

August 31, 2009

Erti Kemerdekaan

Semua orang tau negara Malaya dah berumur 52 tahun ( penubuhan Malaysia dah 46 tahun). Tak kira la Malaya ke Malaysia ker....yg penting kita masih berpeluang hidup aman, damai dan sejahtera kat bumi bertuah ni. Aku masih boleh keluar mencari rezeki tanpa perlu takut ada serangan bom ker, pergaduhan kaum ker etc.
-
Macam2 cara org celebrate merdeka. Ada yg balik kampung (yelah public holiday ni la masa nak balik), ada yg duk berpesta sana-sini melaung2kan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Tapi kekadang aku terfikir, diorg paham ke x apa yg diorg laung2kan tu? Nyanyi2, kibar2 Jalur Gemilang, tengok bunga api....pastu balik umah. Soknya bangun n the day start as usual. Nothing changed.
-
Aku ni bukanlah seorang patriot. Aku cuma seorang rakyat biasa yg tiap2 tahun tunggu tarikh 31 Ogos. Sebab apa? To be honest sebab aku x sabar nak cuti. Duk umah rehat2 sambil2 tengok tv. Tapi tu xbermakna aku langsung xamik tau pasal kemerdekaan. Walaupun aku dilahirkan zaman selepas merdeka, mak aku dulu selalu citer2 pasal dia dulu duk kampung zaman Jepun ari2 makan ubi kayu. Macam x cayer pun ada hehe. Tapi tu la...dulu2 mak aku cakap hidup ni sangat sukar. Nak gi sekolah pun kene jalan kaki 8 batu. Maybe tu la sebab mak aku sekolah sampai darjah 3 jer. Tapi lain dengan bapak aku, dia dapat sekolah sampai form 5 sebab family belah bapak aku agak moden skit kot. Macam mana ntah mak ngan bapak aku leh jumpa aku pun x tau sebab everytime aku tanya mak aku, misti mak aku ubah topik....aikk....entry dah melalut....kan ni entry pasal merdeka hehe.
-
Balik pada erti kemerdekaan, pada aku.....kita HARUS dan PERLU sentiasa bersyukur dengan keadaan negara kita yang masih aman ni. Buang la jauh2 sifat racist dari diri kita yg semakin menebal tu. Aku dari kelompok minoriti sabah yang biasanya kat mana2 macam dalam borang akan digelar sebagai bangsa : LAIN-LAIN. Tak sure la naper...maybe nak jimat ruang atau terlampau banyak sangat bangsa kat Malaysia ni hehe. Mungkin tu jugak sebab lain Tun M pernah nak wujudkan istilah bangsa Malaysia. Bleh jimat ruang hehe.....
-
Aku bangga menjadi anak Malaysia yang bekerja untuk kerajaan Malaysia yang berkhidmat untuk rakyat Malaysia dan aku bangga sebab aku memandu kenderaan buatan malaysia :D
-
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-52 UNTUK NEGARAKU YANG TERCINTA MALAYSIA....

No comments: