iklan

August 14, 2009

Haleem Woods

streching - in position - haiyaaa....swing.....zass....

Kan aku cakap dia sempat lagik nak gi driving range walaupun dah set malam tu nak gi IB. Tapi xpe la...kan aku dah cakap...asalkan dia happy....i'm also happy. Walaupun dalam ati aku ni terbakar gak la sebab tau mesti lambat sampai nanti. Dia cakap badan dia jadik lembap ari tu....so dia kene berpeluh. Nak bagi dia happy? kalo dia nak bersukan tu gi men badminton ker, golf ker or gi gym ker...jangan la halang. Bagi jer dia pegi. Aku duk diam2 je la sebab aku masih lum 'pandai' walaupun time kusus kat INTAN dulu aku ada blajar skit2 pukul bola kat driving range hehe.

Ni adalah budak kecik yg telah dididik oleh bapaknya untuk jadik golfers bila dah besar nanti (bapak dia yg baju putih tu). Dak ni siap ada set golf dia sendirik okey yg same saiz ngan dia. Huuhhh....best. Ermmm...someday bila aku ada anak nanti aku nak ajar dia men golf gak la hehehe.

Berpoya2 di Istana Budaya

KL (7/8/2009) - Last Friday kan aku cuti. Pas aku ke sana-ke mari menguruskan hal2 personal dari pagi sampai la ke petang, terus aku bam balik umah siap2 nak gi amik kawan aku yg aku cakap minat kat abang Jamal tu la. Penatnya tidak terkira. Yelahh....selama ni aku jadik 'front desk' utk public, sekarang ni aku lak jadik public yang berurusan dengan Goment. Ermm...wat can i say? Banyak prosedur kene ikut but it was okey...sebab yang jenuhnya tu aku kene naik atas-turun bawah pastu naik atas lagi sebab nak settlekan satu borang. Tak mau complaint.....sebab aku paham naper sistem dia mcm tu.
-
Konsert start kul 8.30pm, sekali kami sampai kul 9pm. Why? Sebab kawan aku ni sebok nak gi main golf plak. Sekali sampai...mak aii...haaa amik ko paking sampai kat tepi2 jalan tu. Dah paking lari2 gi kaunter amik tiket. Tiket dah beli awal lagi kat agent, cuma tiket jer kene amik kat IB. Siap tu, lari2 lagi gi naik atas tinkat 3...hehe...yola kami beli tket 'paling' murah punya tu yg dapat seat 'paling' atas.

Sekali masuk...huhhh...ramai gak peminat Jamal Abdillah ni. Dari tua sampai la yg dak kecik pun ada. Ok...let me advise sumtin k....len kali nak gi tgk konsert kt IB, jgn le kudukut sangat, at least beli tiket yg grand circle. SEBAB? kalo ko duk upper circle ni.....ko akan nampak kepala Jamal Abdillah jer hehe. Tapi xpe la....at least i really2 do enjoy the show. He's a superb singer. Lagu2 duet dia ngan francisca peter, ogy tu semua yg best. Kehebatan Cinta....Sandarkan Pada Kenangan....waaa......romantisnya. FYI...during concert hps are prohibited okey. Jangan la ko nak curik2 buka hp....even nak msg pun. SEBAB? dia leh detect then nanti ko akan dilaserkan dengan laser merah. Hehehe... Kul 10 konsert berenti rehat jap 15minit. Macam citer hindustan plak ada berenti2 rehat hehe. Oooo...FYI lagik...konsert ni ada 2 segmen....1st half dia start dengan teater muzikal dulu...then 2nd half baru la konsert.

Pas abeh konsert....gi tengok pameran kat luar jap. Snap2 foto sana-sinun...trus chow balik. Yang len aku tgk tgh que kat depan nak tunggu Jamal kot. Ker nak tunggu Dato' CT sbb ct pun ada gak ngan hubby dia datang.

Ni la 'kawan' aku yang minat sangat kat Jamal Abdillah tu. Kalo gi karok jer....memang lagu2 Jamal ni la yg di'sumbangkan' oleh beliau..HEHE. Aku sangat happy bila dia happy. Tu la kalo bleh aku akan make sure dia happy sebab either dia happy atau tak tu akan mempengaruhi aku gak. Ermmm...walau ayat macam poyo....tapi aku nak cakap gak (huhuuuu blush*blush*) I Lap u B...ngeh..ngeh..ngeh...
-Sekian-






August 13, 2009

Basi

Sekarang aku belum ada mood nak update blog. Bukan sebab hormon org pompuan...bukan jugak sebab aku xde benda nak share. Tapi sebab aku.....memang xde aura nak menulis. Evrytime i write sumtin...it's all gonna end as a draft. Tak cayer....kalo aku leh tunjuk posts2 aku....draft nak dekat banyak ngan posts. Hadoii...aku tau mesti ramai yg rindu, merayu2 suh aku updated blog kan? hik..hikk.hik. Bestnya statement aku.

Aku tau, semua rindu kat aku...nak tau apa aku wat sekarang, aku dah kurus ke blom, bla...bla...bla...hehe. Sekarang aku tengah mendedikasikan idup aku utk keje ok. Kekadang mcm xcayer je...yer sebab ada org xcayer aku bz sangat2...huh...yeke org gomen sebok?! hehe....can't blame this person la ok coz like he's from a kingdom far-far awayyy.....dush!!
But i dont wan to complaint la kan....kalo nak komplen, baik berenti jer...ramai lagi org len yg sanggup buat apa yg aku buat sekarang ni. Tapi aku perasan 1 thing la....sejak dua menjak ni aku rasa duit gaji aku sangat berkat sebab time hujung bulan jer duit ada lebih lagi hehe.....mesti sebab aku x 'ngular' macam dulu hehe. Sekarang aku sangat berkerja bersunggoh-sunggoh okey!!
ok la....janji aku updated blog. Dah dekat seminggu dah blog aku basi.

August 7, 2009

Cuti yang Serupa Tak Cuti

Semua orang tau aku cuti ari ni. Kalo yg x tau misti ingat aku e.l. Xpun misti orang tu ingat aku ponteng keje hehe. Kalo jiran2 yg tengok keta aku xgerak2 dari umah tu mesti diorg ingat aku bangun lambat nak gi keje hehe.

Kalau diorang sedar maknanya aku ni memang wujud di alam semesta ni. Walaupun cuti, tapi aku rasa xserupa cuti gak. Cuti aku bukan cuti mean yg rehat duk umah relak2 sambil makan junk food sambil baring2 atas sofa...hehe...ooo...bestnya kalo dapat wat mcm tu.

Tadi pagi bangun awal gak. Arhhh....tensen!! Kalo bangun kul 9 ker 10 ker kan best ngeh..ngeh...ngeh....dasar pemalas. OOoooo...tapi aku kan wanita ayu dan sopan...tu yg bangun awal. Yerr....aku bangun awal bagi makan makhluk 2 ekoq tu then ZZZzzzzZZZzzzz balik hehe.

Bangun2 jer siap makan megi dulu baru siap2 nak kuar. Before kuar set2 appointment dulu dgn org yg aku nak deal tu baru pegi. Oooo.......mengah sungguh nak carik paking...terpaksa la aku membazirkan lemak2 kat badan dengan paking tempat yg 'sangat' jauh. Sib baik semua settle...ermm...xla 100% settle tapi ok la. Ada perkembangan hehe.

Pas settle 1, menuju 1 tempat len plak....pun aku dipaksa membazirkan lemak2 dalam badan sebab kene paking jauh. OOoooo....tetiba aku rasa aku sangat busukkk!!! Tinggal ada 1 urusan lagi xsettle. Tak kiraaa....kene settlekan semuanya ari ni jugak!!!

p/s : misti korang nak tau kan apa urusan yg aku bz sangat tu hehehee.....oooo....wat masa ni biarlah rahsia. Nanti aku bagi tau k.

August 4, 2009

Cuti

Aku cuti jumaat ni ok. :)
Tadi dah isi borang and submit.
Walaupun blum ada kelulusan dari bos :p
Dengan yakin aku cakap aku cuti jumaat ni.
Sekali cuti tak approve...haaa...amik ko. ;D
Huhuuu...plzzz....let me cuti, aku ada misi Jumaat ni. :(
Ada benda nak settle.
Kalo tak...nanti Puan Maimon ngan anak dia bebel2 bagi soalan maut kat aku. :I
Uhhhh....penat!!!! :I--
Sape cakap nak kawin tu senang?
hehee....sebenarnya xde la susah sangat ponn...
aku yang suka wat benda mudah jadik susah.
Aku kan sukakan cabaran...:o
err...sebenarnya aku suka nyusahkan diri sendiri :S
I likee... ;P

August 3, 2009

Ermm...

Tersebut la kisah di sebuah negara Indra Putra Putri Mahkota ( bukan nama sebenar ) seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang bernama PUTRI SIPERASAN AYU... Diriwayat kan lagi bahawa Si Putri nie sungguh jelitawan sehinggakan Siti Nurhaliza pun jelous terkucir melihat kecantikan nyer...
-
Dijadikan cerita, Sang Raja ingin mencari jodoh untuk Sang Putrinya kerana disebabkan kecantikannya itu Sang Putri tidak mempunyai pasangan hidup, sebab sang laki-laki di negara itu terasa rendah diri untuk masuk memperisterikan Sang Putri malahan putera-putera dari negara jiran juga turut berasa sedemikian rupa. Disebabkan Sang Raja ingin Si Puteri itu berkahwin untuk menyambung zuriat keluarga maka Raja tadi telah menghimpunkan seluruh rakyatnyer (lelaki sahaja ) serta beberapa Putera jemputan lain datang kesebuah tasik yang bernama Tasik Sri Sintoq sang tasik Guthri di negaranya yang mana tasik itu dipenuhi buaya-buaya yang ganaz-ganaz dan sedikit ikan keli didalamnyer.
-
Dikatakan juga kumpulan WESTLIFE juga turut hadir untuk memenuhi jemputan Sang Raja berkenaan dan untuk mencuba nasib gak... Kesemua jemputan dikehendaki mengelilingi tasik berkenaan dan disebabkan kehadiran yang ramai maka keadaan ditempat kejadian menjadi sesak sehinggakan ada semut yang mati terpijak... Sang Raja pun membuat pengumuman kepada semua tetamu yang hadir.. kata Raja..
-
wahai rakyat ku sekalian dan putera-putera jemputan juga pada kumpulan Westlife, andai kata ada dikalangan kamu yang boleh menyeberangi tasik yang dipenuhi buaya-buaya yang ganazzz ini akan beta kahwinkan Puteri beta yang cantik rupawan ini dengan lelaki tersebut...
-
Maka Raja tadi memperagakan Sang Puteri untuk tontonan umum 21 tahun keatas dan diklasifikasikan sebagai (21sx?).. maka kesemua yang hadir berlelehan ayaq lioq depa melihat kecantikan Puteri tersebut.. Belum pun Raja habis bebicara tiba... burzzzz.. seseorang telah terjun ke dalam tasik dan kelihatan sungguh pantas berenang ke seberang sehinggakan mencatat masa terpantas yg tidak akan dapat dipecahkan rekod kelajuan renangnya oleh sapa-sapa pun atta watson nyambek sendiri yg melakukannya...
-
Semua yang hadir terpegun, terkaku, kagum dan cemasss sehinga tak dapat diungkapkan dengan kata-kata...raja tersenyum bangga melihat keberanian jejaka itu... Yang tambah membanggakan semua yang hadir dan menyebabkan semua yang hadir menggigit jari ialah KEBERJAYAAN sang lelaki itu sampai keseberang dengan salamatnyer... Maka Sang Raja pun mendapatkan lelaki itu dan bertitah...
-
"Wahai jejaka yang gagah perkasa, akan ku kotakan janjiku untuk menunaikan permintaan mu, apakah keberanian yang kau tunjukkan tadi itu hinggakan belum habis beta berbicara kamu telah terjun ke dalam tasik itu semata-mata kerana putriku?", kata Sang Raja.. Jejaka tadi pun bersuara dengan muka yang pucat dan dengan nada suara yang penat bercampur marah..." TIDAK TUANKU..." (berhenti seketika tercungap-cungap kepenatan), dan dengan nada yang marah sesangat si jejaka tadi menyambung percakapannya...
-
"SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPA YANG MENOLAK HAMBA KEDALAM TASIK TADI SEMASA HAMBA MASIH MENDENGAR TITAH TUANKU..."
p/s : betapa aku tak tau nak update apa...ermm...

July 31, 2009

mental stress.overdose.senget-benget.doomed.tunggang-langgang.

July 30, 2009

Jadik lembab

Otak rasa sangat lembab ari ni....lebih2 lagi petang camni. Why? sebab tetiba rasa panas aircond tarak. Rasa nak muntah sebab makan banyak sangat kacang tanah. Dah baling masuk dalam drawer...kalo ada depan mata misti rasa nak capai dan makan lagi. Ermm...ke sebab aku rasa aku over selebet ari ni? rambut serabai, xmake-up (aikk....selalunya aku x makeup pun hehe), nak gi makan pun malas (ekceli aku dah makan roti tadi tu yg kenyang lagi hehe) bla..bla..bla..

Aku rasa ni semua sebab bangun lambat pagi tadi kot. Bangun dengan keadaan terkezut. Yeerrr....semalam saya lupa nak set alarm ye kawan-kawan. Sib baik 'alarm' besar kat umah ada tolong ketuk pintu (Tq kak ija :). Tq gak kat Jay ngan Mimi yang menyalak mintak makan....so kak ija tau aku lum bangun lagi.

Nak isi form PTK pun xreti. Sebab aku sangat lembab ari ni ker sebab form tu memang belit macam ular kene paksa masuk dalam kotak sempit n kecik? Haihhhh.....tolong! tolong! dush..dushh...dusshhh....

July 29, 2009

Mengong punya Skrip 7707

Menonton filem Skrip 7707 adalah satu tindakan yang mengong oleh aku. Why? Adakah sebab pelem tu memang mengong seperti yang dicop oleh kebanyakkan rakyat Malaysia? Nope....sebab dah 2-3 ari ni idup aku diselubungi ketakutan yang amat sangat. YES. Semua orang tau aku ni jenis yang penakut tapi still gak nak tengok citer2 hantu camni. Nak wat camner....memang aku 'suka' sangat menakutkan diri sendiri.
-
At 1st aku pun xde la nak tengok sangat filem ni. Tapi pas baca kat blog Ayu yang cakap citer ni xde la menakutkan sangat....trus aku rasa nak gi tengok. Memula ajak Kak Ija tapi dia suh tunggu kat astro ria raya nanti jer hehe. Tapi aku nak gak tengok hehe. So ajak B, CT n Yan tengok kat GSC Alamanda. Aku punya la semangat cocok2 B tengok citer ni. Yeerrr....dia memang TAK SUKA tengok citer2 macam ni macam yg penah aku citer dulu. Sangat xenjoy katanya.
-
Tapi setelah diracun dengan hebatnya....lagi2 permintaan CT a.k.a mak buyung yang nak tengok citer ni hehe....maka aku berjaya bawak dia gi tengok citer ni. Okey...pas kuar panggung sampai la ke malam tadi....aku masih dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat ok. Tido masih on lampu. Duk opis pun xleh dah lewat2 sangat....takut ada rambut kuar dari lubang air-cond tu wahhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SeReMMMMMMMMMMMMMMMM.............bagi yang xtengok lagi maybe xleh bayangankan ketakutan aku ni.
-
Nyesal aku tengok!!! Wawawawaaaaa........why! why! why! padan muka aku.

July 28, 2009

Konsert Abang Jamal


Siapa minat Jamal Abdillah? takde? thought so....hehe mana ada kawan2 aku yang minat ngan Jamal ni. Semua minat Britney Spears, Lady Gaga, Meet Uncle Hussien la, Aizat la hehe. Tapi ada sorang yang aku kenal minat sangat2 kat Jamal Abdillah. Err...actually dia minat lagu2 Jamal jer hehe. Dia kan perasan suara ala-ala Abang Jamal hehe. Oleh kerana dia minat dan nak sangat tengok penyanyi pujaan dia beraksi cheewahhh....aku dengan baik atinya nak bawak dia gi tengok konsert Jamal Abdillah....Kembara Seniman kat Istana Budaya. Tadi dah siasat, ada kaunter tiket2u kat Putrajaya ni. YES senang la aku nak gi mencari. Tak jauh, kat pasar awam belah petronas presint 16 tu je hehe. Harap2 ada seat yang best lagi. Tadi tengok kat website dah nak abeh. Ermmm...kira hebat gak ek Jamal ni.